Thursday, November 25, 2010

Galeri PPP

Majlis Ceramah & Jamuan Maulidur Rasul  - Feb2011

Majlis Maulidur Rasul telah berjaya diadakan pada hari Selasa 15 Februari 2011. Antara program sempena majlis ini ialah gotong-royong memasak nasi lemak, ceramah maulid oleh Ustaz Husaini dan seterusnya jamuan makan. Tahniah kepada semua ajk surau. Semuga program seperti ini dapat diteruskan dan sama-sama kita dapat menghayati ajaran serta perjuangan Rasulullah SAW.






Dialog & Jamuan Persatuan Penduduk  Permai Puteri - Jan2011

Alhamdullilah. Satu majlis dialog & Jamuan bersama AJK Persatuan Penduduk PPP telah berjaya diadakan pada 29 Januari 2011. Banyak isu semasa, berkaitan kepentingan penduduk telah dibincangkan. Berikut adalah beberapa imej yang telah berjaya dirakamkan oleh lensa kamera En Azrul.




Hari Raya Aidil Adha-Nov 2010. Allahuakhbar3x...Walillahilham.

Alhamdullilah.
Sempena Hari Raya Aidil Adha, pihak surau dengan kerjasama penduduk di Permai Puteri telah dapat menyempurnakan satu ibadat qurban di pagi raya pertama iaitu pada 23 Nov 2010.

Walaupun baru pertama kali majlis ini diadakan, tetapi dengan berkat kerjasama ahli-ahli, proses penyembelihan, melapah, memasak dan menjamu daging qurban telah berjalan dengan lancar.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.





Tuan/puan dialu-alukan untuk menyertakan gambar-gambar lain yang dirasakan sesuai untuk di masukkan di website ini. Sila hubungi saya jika ada yang hendakkan salinan asal gambar yang saya ada. Juga, maaf jika ada gambar ahli-ahli yang tak tersiar di sini - almaklum jurufoto tak bertauliah atau lain-lain sebab. (nota: kualiti gambar di sini telah diminimumkan bagi melajukan capaian website)

===================================================================
Pegawai dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sedang membuat penelitian tentang arah kiblat di Surau Permai Puteri.

Pengerusi sedang menerima Sijil Pendaftaran Pertubuhan dari Yang Amat Berbahagia Dato Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein Onn, Menteri Dalam Negeri Malaysia.


Penulis sedang berbincang soal kesinambungan aktiviti dalaman dan luaran surau Pangsapuri Permai Puteri.


Solat Berjemaah.


Mesyuarat AJK.

No comments:

Post a Comment