Monday, November 1, 2010

Pengenalan






Alamat:
Pangsapuri Permai Puteri
Taman Dato Ahmad Razali
68000 Ampang, Selangor



Kedudukan
Kordinat: 3°9'22"N 101°45'27"E. Sebelah hadapan mengadap ke bandaraya Kuala Lumpur seperti KLCC, Ampang Point & Hospital Ampang Puteri (Utara), sebelah kanan ke MMR2 mengarah ke Hulu Kelang, sebelah kiri ke Lebuhraya MMR2 mengarah ke Bangi/Putrajaya (Selatan) & sebelah belakang ke arah kehijauan bukit bukau Ampang (Timur).


Kemudahan

Kemudahan yang tersedia ialah lot letak kereta, kolam mandi dan kolam mandi kanak-kanak, taman permainan, 24 jam sekuriti, dan surau lelaki/perempuan.

Aktiviti
Penduduk Pangsapuri Permai Puteri telah menubuhkan Persatuan Penduduk yang diketuai oleh Tuan Haji Mohamad. Tujuan persatuan diwujudkan adalah untuk memperjuangkan hal kebajikan ahli-ahli dan bagi dijadikan wadah pertemuan untuk mengeratkan persaudaraan ahli-ahli yang bernaung di bawah persatuan ini . Semua penghuni dan pemilik unit pangsapuri dari semua bangsa adalah digalakkan menyertai persatuan ini. Yuran bulanan ialah RM3/= sahaja. Borang keahlian boleh diambil dari mana-mana AJK atau dari salah satu kedai di bawah pangsapuri.

Pangsapuri ini telah mempunyai surau sendiri bersebelahan dengan kolam renang. AJK surau juga telah dilantik dan mereka telah membuktikan kebolehan mereka melalui beberapa program yang telah dilaksanakan seperti solat waktu berjemaah, solat Tarawih di bulan Ramadhan, Majlis Tahlil & doa selamat...TAHNIAH dan TERIMA KASIH diucapkan!

Aktiviti lain: Sempena Hari Raya Haji (Aidil Adha) nanti, persatuan penduduk sedang berusaha untuk merealisasi program qurban di pangsapuri ini. Semoga Haji Mohamad dan AJK berjaya melaksanakan semua program yang dirancang.

Senarai AJK Persatuan Penduduk
Pengerusi - Hj Mohamad
Setiausaha - En Adha
Bendahari - En Rosli
AJK - Data Belum lengkap

Senarai AJK Surau
Pengerusi - Hj Mohamad
Setiausaha - En Hairul
Bendahari - En Rosli
AJK - Data Belum lengkap

Memandangkan persatuan ini baru ditubuhkan, maka masih banyak perkara perlu diperbaiki. Adalah menjadi harapan supaya semua penghuni dapat bersama-sama memberi sumbangan idea, tenaga dan sebagainya. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment